Kuasa Forum

Ramai usahawan tidak mahu keluarkan kos di dalam melakukan pemasaran dan juga promosi bagi perniagaan mereka. Inilah salah satu sebab mengapa perniagaan mereka menemui kegagalan. Malah yang paling teruk, mereka memandang remeh usaha pemasaran yang perlu mereka lakukan.

Walaupun banyak kaedah pemasaran percuma atau yang rendah kosnya, namun tidak ramai yang tahu bagaimana melakukannya.

Di antara pemasaran cara percuma adalah seperti melalui penulisan artikel, viral marketing, forum marketing, video marketing dan sebagainya. Dan ini semua adalah menggunakan kekuatan Internet sebagai asasnya.

Artikel ini akan menyentuh salah satu pemasaran cara percuma di atas iaitu forum. Forum adalah satu tempat di mana berkumpulnya ramai orang untuk berbincangkan mengenai sesuatu topik atau perkara. Contoh-contoh forum adalah seperti wangcyber.com, wanitaniaga.com dan bicarajutawan.com.

Untuk menyertai forum, ia adalah percuma sahaja. Jadi, apakah kelebihan dengan menyertai forum? Adakah ia hanya tempat bersembang semata-mata? Tidak sama sekali. Apa yang perlu anda lakukan di forum adalah dengan berkongsikan pengetahuan dan juga kepakaran anda. Atau sesuatu yang berkaitan dengan bidang perniagaan atau produk yang anda jual.

Dengan berkongsikan pengalaman dan ilmu anda, lama-kelamaan anda akan dikenali ramai terutama oleh ahli-ahli forum tersebut. Dengan perhubungan beginilah, dengan mudah anda dapat jadikan mereka pelanggan anda tanpa perlu dipaksa-paksa.

Kelebihan forum adalah terletak kepada bilangan ahli forumnya. Kebanyakan forum terutama yang sudah lama wujud, mempunyai ahli yang begitu ramai sehingga mencecah ribuan orang. Jadi anda boleh bayangkan sendiri berapa ramai prospek yang ada untuk perniagaan anda.

Namun satu perkara yang perlu anda jelas adalah, pemasaran forum bukan hanya sekadar mempromosi perniagaan semata-mata. Ia perlulah dimulakan dengan perkongsian yang benar-benar ikhlas untuk membantu ahli-ahli forum yang lain. Dari situlah akan terbinanya hubungan dan akhirnya tidak susah untuk anda melakukan usaha mendapatkan pelanggan kerana mereka sendiri biasanya mahu menjadi pelanggan anda.

Bagi anda yang belum menyertai forum dan ingin mengetahui kaedah yang betul di dalam melakukan pemasaran forum, sila dapatkan produk ini dengan segera.

Tags: , , , ,

O comments at "Kuasa Forum"

Be the first commenter!

Comment Now!

Name* Mail Adress* Blog / Website